Tuesday, 31 December 2019

THE GAME CHANGED

Assalamualaikum hi saya NaddJane.

Ketika saya decide untuk berhenti kerja pada Julai 2018, saya membuat keputusan untuk  membantu lebih banyak peniaga dalam memperjuangkan perniagaan masing-masing.




Saya selalu berfikir bagaimana saya dapat membantu orang lain selain dari segi kewangan. Soalan besar yang saya selalu fikir ialah bagaimana.


Bagaimanakah saya dapat membantu peniaga lain terutamanya dalam peniaga-peniaga kecil dan tempatan? 

Sejak sepuluh tahun yang lalu, saya telah belajar bahawa statistik perniagaan konvensional akan merosot jika ia kekal dengan konsep konvensional. Konvensional bererti untuk perkara yang biasa.

Perniagaan konvensional menerangkan perniagaan yang biasa dan mengikuti standard yang sedia ada. Contohnya seperti perniagaan kedai runcit yang masih menggunakan kaedah resit tulis berbanding sistem digital.

Sebelum itu, biar saya ceritakan tentang kerja saya di syarikat lama. Peranan saya dalam syarikat terdahulu adalah untuk MENJUAL produk-produk tersebut kepada orang yang masuk ke kedai (walk-in).

Walau bagaimanapun, saya boleh mengira secara spesifiknya adalah kurang daripada lima orang yang masuk ke kedai dalam sehari.


Saya dan suami membuat keputusan untuk melakukan satu perubahan besar. Masalah ini tidak boleh berlangsung dalam tempoh yang lama. Saya beritahu pemilik syarikat bahawa kami akan melakukan sesuatu tentang masalah tersebut dan memintanya agar tidak mengganggu plan kami.



Kami mengkaji pasaran dan permintaan terhadap produk yang dijual. Pada mulanya, ya ia mengambil masa dan tenaga kerana kami tidak mempunyai data mengenai perniagaan tersebut.

Namun, seteleh mengumpul data, kami mengubah semuanya menjadi digital dan melihat peningkatan walk-in dan secara langsung jualan dan keuntungan syarikat juga meningkat.

Kedai tempatan memerlukan walk-in dan dengan menukarkan konsep perniagaan konvensional ke perniagaan digital, orang sekeliling mula memperhatikan kedai dan pada mula singgah hanya untuk melawat dan akhirnya membeli beberapa produk.

Jadi saya memutuskan untuk compile kajian saya selama ini, yang up to date dan masih relevant (kerana teknologi semakin canggih)  di dalam eBook yang dapat membantu dalam perniagaan anda.

Jika anda bertanya bagaimanakah eBook tersebut boleh membantu dalam perniagaan anda?

eBook ini akan memudahkan perniagaan ada dijumpai di Internet terutamanya di Instagram. Leads ialah pelawat /walk-in untuk dunia maya. Di Instagram, mereka akan melawat profile anda dan akhirnya membeli beberapa produk. Jumlah leads sangat penting kerana ia boleh bertukar menjadi jualan. 


Saya telah berkongsi banyak tips yang lebih spesifik dalam eBook saya untuk membantu peniaga upgrade dari perniagaan konvensional ke digital. Dua eBook ini telah membantu ramai peniaga yang dapat melihat results setelah apply apa yang saya kongsikan dalam eBook ini. Kepada anda yang belum membaca eBook saya boleh klik di sini. 



PANDUAN ASAS INSTAGRAM 
Klik sini  ↑ ↑ ↑ 


INSTA CARA PRO
Klik sini  ↑ ↑ ↑ 




NaddJane
Your Social Media Coach

Instagram: naddjane
TikTok: @naddjane6
Facebook: Nadheera Jahan

Sunday, 15 September 2019

HOW TO MOTIVATE YOURSELF WHEN NO ONE ELSE BELIEVES IN YOU?


Hello people. Today I’m just gonna share a question that I always get the most. It’s how we motivate our self when no one else believe in us.



1. Politically Correct


Well. you just have to hustle and put your head down, 

know your goals, know where you're going.


You read these things a lot.

You hear these things a lot.


2. The Truth


Here is the truth, if you need someone to motivate you, you are not that motivated.

What I notice is these high performance people, we are self-motivated.

There are a lot of people are looking for their family.

They are using excuses,

"my husband doesn't support me",
"my parents don't support me",
"my kids don't support me",

or even

"my friends don't support me".

Guess what?

Do not expect their support.
The air thin at the top.

And you have to learn to be alone without being lonely.

That's just the path.
When you're becoming more successful, that's the biggest thing that holds most people back.
It's not the how to,

It's not the know what,
It's not don't know what to do,

It's the fact that they cannot operate on their own, being able to self motivate at the same time not having to get permission from the people around them.


Some be saying

"Don't you know I'm doing this for you?"


"How come you guys don't support me?"


"How come my family don't support me?"


"How come they don't understand?"


"I don't get it, I want to make more money,


I want to be more successful, to better their lives.


How come they don't understand?"


Guess what?

Most of the time, they will never understand.

You're expecting something that won't happen.

That's what holding you back.

You're expecting them to give you permission.

The question is why don't they support you?

It's very simple.

First of all, they don't understand. Because most of us, we grew up in the miseducational system.
Where it's teaching you to behave a certain way. Go to school, get good grades and walk this path.
Get a degree, get a job, till you're 65. Marry, have kids, get a big mortgage.

That's your life.

Anything that deviates from that, that's not the traditional path,

That is stupid.

That is dangerous.

That is wrong.

You shouldn't do that.

You should do this.


So the minute you want to walk a different path, the people around you, you loved ones, they feel like you're so weird. How come you can't do what everybody else doing,


Just be normal.

Just settle.

Don't take risks.

Play safe.

Get a safe, secured job.


And the more you deviate from the traditional path, the more they feel the distance between you and them.


They are afraid to lose you. They are afraid that you will leave them behind. That's why you don't have the support.

And your friends, do you think they want you to be mega successful?


To live their dream life?


To travel, live in that beautiful home, to drive the care that they could never afford?


Do you really think that they want you to be that successful while they are living paycheck to paycheck?


N-O, NO!


They might say

"yeahh, we cheer for you."

" Congratulations man, good for you."


Deep down, enviousness, jealousy, lower self. It's human nature.

So what I'm saying is don't even expect it.

You're wasting your time.

You do what you think is right,

you do what you believe is right.

You walk your own path.

They might see it, they might not seeing it,

I'm not expecting them to see it.


This is my life, it's not their life.I do what I know I need to do.

so if you need someone to motivate you, you're not going to be successful.


I, me, NaddJane I don't need anyone to motivate me.

I don't need people to understand me.

I understand me, I motivate me.

You're waiting for someone to motivate, how come they don't support me, how can I be motivate.


You can't even get yourself to get off the bed and do what it takes, and you want to be successful?

You want to be better than everybody else?

You want to develop that skill?

Not going to happen.

Just not going to happen.

You need to be self motivated.

Look across any industry, sports, entertainment, business, anyone who has achieved excellence, you don't need to motivate them.


Because they demand more from themselves than anybody else could.


I demand more from myself than anybody else could.


Do you demand more from yourself, than anybody else could?


So don't wait.


Do it!

Just do it!

DON'T BE A STRANGER



Thursday, 27 August 2015




Planning towards a great future. If you fail to plan, you are planning to fail. Thank you Sir Benjamin Franklin. 

Friday, 21 August 2015

TIPS MURAH REZEKI DARIPADA JUTAWAN MUDA

TIPS Murah rezeki daripada jutawan muda, IRFAN KHAIRI.




1. Usah bergaduh sesama suami isteri, lagi-lagi perihal duit. Berbincang dan cari persefahaman. Bila pasangan tidak redha dengan masing-masing, di situlah rezeki akan disekat…

2. Merungut dan merasa beban pada anak-anak. Berikan kasih sayang kepada anak-anak kerana setiap anak adalah rezeki Allah swt. Namun ibu dan bapa juga perlu mengusahakan rezeki untuk anak-anak tanpa merungut dan rasa beban.

3. Buangkan tabiat selalu mengeluh sesama suami isteri dengan apa yang tidak dimiliki. Banyak bersyukur dengan apa yang dimiliki tidak kira banyak atau sikit.

4. Jangan terlalu berkira-kira untuk mempermudahkan hal yang baik sekeluarga. Perlu ada tolak ansur dan dan faham sesama pasangan.

5. Jangan meninggikan suara dan gunakan kata-kata yang baik sahaja bersama suami, isteri dan juga anak-anak. Buangkan cara menakut-nakutkan ahli keluarga dan tanamkan layanan yang penuh mesra.

6. Sabar dalam menangani karenah suami, isteri dan anak-anak. Adakalanya sesuatu itu kita tidak suka. Tetapi, tetap perlu bersabar dan fahami keadaan pasangan dan anak. Nasihat dan cari penyelesaian secara baik.

7. Apabila kita putus mendoakan yang baik-baik untuk suami, isteri dan anak-anak. Sentiasa ingatkan mereka dalam doa dan juga sepanjang hari.

Dalam mengejar keuntungan atau kekayaan bila bekerja seharian, tiada gunanya sekiranya institusi keluarga di rumah tidak terbuka pada rezeki. Rezeki itu pelbagai, bukan hanya duit yang kita usahakan sahaja, tetapi juga pada keluarga tercinta. Namun, rezeki itu tetap perlu diusahakan.


Friday, 7 August 2015

SABARNYA SEORANG GURU

Tahap stress tak tahu nak cakap la kalau diajukan soalan-soalan di bawah. Kalau setahun sekali takpa.

Ini setiap hari.



Jadi maafla ye anak-anak kalau cikgu ter- sarcasm!

1. Cikgu kena selang ke?
Tayah selang, langkau je.

2. Buku ape cikgu?
Buku lima cikgu. Mau?

3. Cikgu tarikh tulis kt mane?
Tulis kt sini (sambil tunjuk kalendar)

4. Tak muat, boleh sambung sebelah x cikgu?
Buat apa sambung sebelah, sambung tahun depan ja.

5. Tajuk dia ape cikgu?
Tajuk dia, tapak tanganku di bibir mu. Ok?

6. Cikgu kena salin semua ke?
La...cikgu xajar psl *semua*. Pasaipa nak salin *semua*.Cikgu ajar psl cerpen. Salin nota yg hat cerpen ja la.(sambil tunjuk semua nota yg tercatat di papan putih)

7. Cikgu kena garis ke?
Dak aih, kena bulatkan ja. Kot xbuleh, petakkan ja. Buleh ka dak?

8. Cikgu kalau dah siap buat ape?
Buat-buat heranla awat aku da siap org xsiap lagi.

Itu blm dia tnya "esok ada BM ka cikgu?" Dah thu tp buat2 tnya. Mmg mendapatla kan..

"La.. tnya cikgu buat apa bm esok ada ka tak. Tnya BM sendiri la. Cikgu tak mau masuk campur hal rumahtangga korg."

"Tapi,cikgu kan cikgu BM, kenalah tanya cikgu".

"Iye, sy cikgu BM, cikgu je... bukan suami BM(sbb anak murid semua lelaki). So mana nk thu dia ade ke tak esok".

Biar pun hari2, tapi cikgu tabah menjawabnya dengan berbagai lagi jawapan sarcasm..

Mohon bertabahlah ye anak2.. mana boleh cikgu sorg ja bertabah. 😎😎😎

Penulis asal:
Yang Kesepian (eh?)
Guru BM Tingkatan 1C,1E,2L,2C

Kelakar kan?
If you all pun ada cerita untuk dikongsi boleh contact nadd ya.

NaddJane
nadheerajane@gmail.com

Saturday, 1 August 2015

Alhamdulillah Malaysia Merdeka.

Selamat menyambut kemerdekaan yang ke 58 Malaysia.

Peristiwa pemasyhuran kemerdekaan pada pukul 12.00 tengah malam bertarikh 30 Ogos 1957. Ia berlangsung di hadapan Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur. Paling seronok apabila bendera UNION Jack diturunkan dan bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan oleh pemuda UMNO.

Pada 31 Ogos 1957, pemasyhuran kemerdekaan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Wakil Ratu Elizabeth, Duke of Wellingtontelah menyerahkan dokumen perisytiharan kemerdekaan kepada Yang di-Pertuan Agong kita. Tunku Abdul Rahman baca perisytiharan kemerdekaan dan Tunku melaungkan MERDEKA! sebanyak 7 kali.



Alhamdulillah Malaysia Merdeka.


Apa erti Merdeka bagi anda?


Bagi saya, merdeka ialah bebas dari masalah kewangan dan kebebasan masa, tanpa dikongkong oleh mana-mana pihak. Now nadd Inshallah sedang memperbaiki faktor kewangan, untuk hidup lebih tenang dan bebas hutang. So that nadd dan family boleh lakukan apa yang kita nak, maybe pergi haji, travel to overseas or buying our dream houses! Inshallah ameen.



Nadd membuka peluang kepada semua untuk bersama-sama nadd mencapai impian kita. Masih mencari peluang untuk memperbaiki hidup dari segi kewangan dan masa bersama keluarga?
ASK ME HOW!

Mari merdekakan diri kita daripada segala beban yang ada. Inshallah dengan usaha yang sedikit serta doa yang tidak putus, kita akan dapat yang diidamkan.

NaddJane
012-4377310
nadheerajane@gmail.com

Friday, 31 July 2015

TIPS MUDAH MENJADI KAYA

SALAM JUMAAT SEMUA.. 



TIPS PALING SIMPLE UNTUK MENJADI ORANG KAYA.

Nak merasa jadi orang kaya ? Boleh try amalkan tips simple kat bawah ni :

1. Lepas makan kat restoran / gerai makan, tinggalkan sahaja duit baki yg seringgit dua/sen tu sebagai tips kepada mereka yang serve kita. Tak luak pon duit kat dalam poket. Jutawan pun belum tentu boleh buat.

2. Ketika isi minyak kereta, lepas attendant pam tolong kita cuci cermin atau isikan minyak, ringankan tangan bagi token. Tak kiralah apa bangsa sekalipun, kita tidak tahu doa yg mana akan makbul. Mereka yg berkereta mewah dan pakai driver, belum tentu ada peluang utk buat camtu.

3. Jika kita singgah solat kat mana2 surau atau masjid, ingat lepas solat seluk poket carik wang yang paling BESAR utk disedekahkah ke tabung masjid. Manalah tau, mungkin sumbangan terakhir kita. Hanya orang yg betul-betul kaya mampu berbuat demikian.

4. Cuba ubah tempat kita shopping barang keperluan harian. Selalunya kita ke pasaraya besar, cuba shopping kat pasar tani pulak kali ni. Sambil tolong penjual/petani. Tak perlu berkira sgt mintak tawar menawar sayur atau lauk mentah tu.

5. Waktu nak belikan mainan anak, bawak je diorang ke pasar malam. Bagi duit RM10, macam-macam permainan boleh beli kat sana. Sambil boleh bantu peniaga pasar malam. Daripada pergi Toys r Us, RM10 buat bayar parking je.

6. Bila naik teksi, genapkan untuk lebih sahaja tambang tu. Dengan niat untuk sedekah. Jika mereka diberi peluang, mungkin mereka tak nak jadi pemandu teksi. Tak semua orang berpeluang naik teksi & jadi penumpang.

7. Adakala kita tengah beratur di kaunter bayaran mini market, jumpa budak-budak merengek nak beli jajan atau gula-gula, apa salahnya tolong amikkan dan bayarkan. Buat diorang tersenyum.

8. Waktu travel balik kampung, singgah di mana-mana RNR, liarkan pandangan kita. Tengok- tengok la orang sekeliling. Ada yg singgah dengan family ramai, naik kereta lama siap berhimpit anak ramai. Makan pon macam kena kongsi. Apa salahnya belikan air atau bayarkan makan walaupun mereka mampu.

9. Masa kita minum di kedai kopi/kedai makan, sekali sekala tu apa kata kita cuba bayarkan makan atau minum utk meja sebelah. Usha dulu la meja, tengok yg mana yg patut dibayar. Tak perlu sebab dan alasan.

10. Jika ada peluang pi melawat org sakit kat wad, time nak belikan buah tangan, apa kata beli extra 1 pack. Pass kat jiran dia katil sebelah. Doakan kesejahteraan mereka. Besar nilainya bagi pesakit dpt ingatan sebegitu. Orang kenamaan sahaja biasanya ada peluang buat camtu.

Kita tidak memerlukan masa dan saat yg sesuai utk menjadi orang kaya. Kita juga tak perlu sebab dan alasan tertentu utk menjadi seperti orang kaya. Apa yang penting adalah KEIKHLASAN.
Cubalah, saya yakin insyaAllah anda akan menjadi seperti orang kaya dan usah khuatir kerana anda tidak akan menjadi seorang yang papa kalau buat perkara di atas. Hari ini mungkin tangan kita yg memberi, mana tahu esok lusa kita pula yg akan menerima?

SHARE utk semua dgn harapan kita semua menjadi orang KAYA.

THE GAME CHANGED

Assalamualaikum hi saya NaddJane. Ketika saya decide untuk berhenti kerja pada Julai 2018, saya membuat keputusan untuk  membantu lebih b...