Wednesday, 27 August 2014

Program Kebudayaan Keusahawanan

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum wbt and hello reader! :)

Entri kali ini nad nak kongsikan pengalaman nadd sebagai speaker di Politeknik Seberang Perai.

Pada 18 Ogos yang lalu, nadd dijemput untuk memberi suntikan semangat usahawan kepada Pelajar Semester 1 Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang. Nad berasa bertuah kerana diberi peluang untuk berkongsi pengalaman dan peluang kepada Pelajar Semester 1.




Seramai lebih 1200 orang Pelajar Semester 1 Politeknik Seberang Perai berada di dalam Dewan Seri Mutiara. Mereka menumpukan perhatian sepenuhnya. Kebanyakkan pelajar di dalam dewan mempunyai semangat yang tinggi sebagai usahawan dan ingin merubah hidup keluarga untuk menjadi lebih baik. Semua pelajar yang datang tempoh hari, boleh hubungi nadd ya. 


Bergambar bersama Master of Ceremonies event tersebut. 




Sememangnya, ibu bapa mana mahu melihat anaknya susah, begitu juga pada anak, anak mana mahu melihat ibu bapanya susah. Sebagai anak, memberi kehidupan yang lebih selesa ialah hadiah untuk mengenang jasa ibu bapa yang telah membesarkan kita dari kecil. 



Islam sangat menggalakkan aktiviti perniagaan. Banyak ayat dan hadis yang mengalakkan dan menyokong aktiviti perniagaan. Perniagaan juga dianggap sebagai punca rezeki yang paling banyak. Rasulullah SAW pernah bersabda dalam satu hadis bermaksud: “9/10 rezeki itu adalah datang daripada perniagaan.” (Hadis riwayat Tirmizi).





Bergambar bersama sahabat saya, Nadhirah Ishak. Syukur Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Pelajar yang mencari duit lebih, boleh contact nadd untuk tahu lebih lanjut.

Usahawan yang hebat lahir daripada perubahan yang hebat.

NaddJane
012-4377310
nadheerajane@gmail.com

No comments:

Post a Comment

THE GAME CHANGED

Assalamualaikum hi saya NaddJane. Ketika saya decide untuk berhenti kerja pada Julai 2018, saya membuat keputusan untuk  membantu lebih b...