Friday, 31 July 2015

TIPS MUDAH MENJADI KAYA

SALAM JUMAAT SEMUA.. 



TIPS PALING SIMPLE UNTUK MENJADI ORANG KAYA.

Nak merasa jadi orang kaya ? Boleh try amalkan tips simple kat bawah ni :

1. Lepas makan kat restoran / gerai makan, tinggalkan sahaja duit baki yg seringgit dua/sen tu sebagai tips kepada mereka yang serve kita. Tak luak pon duit kat dalam poket. Jutawan pun belum tentu boleh buat.

2. Ketika isi minyak kereta, lepas attendant pam tolong kita cuci cermin atau isikan minyak, ringankan tangan bagi token. Tak kiralah apa bangsa sekalipun, kita tidak tahu doa yg mana akan makbul. Mereka yg berkereta mewah dan pakai driver, belum tentu ada peluang utk buat camtu.

3. Jika kita singgah solat kat mana2 surau atau masjid, ingat lepas solat seluk poket carik wang yang paling BESAR utk disedekahkah ke tabung masjid. Manalah tau, mungkin sumbangan terakhir kita. Hanya orang yg betul-betul kaya mampu berbuat demikian.

4. Cuba ubah tempat kita shopping barang keperluan harian. Selalunya kita ke pasaraya besar, cuba shopping kat pasar tani pulak kali ni. Sambil tolong penjual/petani. Tak perlu berkira sgt mintak tawar menawar sayur atau lauk mentah tu.

5. Waktu nak belikan mainan anak, bawak je diorang ke pasar malam. Bagi duit RM10, macam-macam permainan boleh beli kat sana. Sambil boleh bantu peniaga pasar malam. Daripada pergi Toys r Us, RM10 buat bayar parking je.

6. Bila naik teksi, genapkan untuk lebih sahaja tambang tu. Dengan niat untuk sedekah. Jika mereka diberi peluang, mungkin mereka tak nak jadi pemandu teksi. Tak semua orang berpeluang naik teksi & jadi penumpang.

7. Adakala kita tengah beratur di kaunter bayaran mini market, jumpa budak-budak merengek nak beli jajan atau gula-gula, apa salahnya tolong amikkan dan bayarkan. Buat diorang tersenyum.

8. Waktu travel balik kampung, singgah di mana-mana RNR, liarkan pandangan kita. Tengok- tengok la orang sekeliling. Ada yg singgah dengan family ramai, naik kereta lama siap berhimpit anak ramai. Makan pon macam kena kongsi. Apa salahnya belikan air atau bayarkan makan walaupun mereka mampu.

9. Masa kita minum di kedai kopi/kedai makan, sekali sekala tu apa kata kita cuba bayarkan makan atau minum utk meja sebelah. Usha dulu la meja, tengok yg mana yg patut dibayar. Tak perlu sebab dan alasan.

10. Jika ada peluang pi melawat org sakit kat wad, time nak belikan buah tangan, apa kata beli extra 1 pack. Pass kat jiran dia katil sebelah. Doakan kesejahteraan mereka. Besar nilainya bagi pesakit dpt ingatan sebegitu. Orang kenamaan sahaja biasanya ada peluang buat camtu.

Kita tidak memerlukan masa dan saat yg sesuai utk menjadi orang kaya. Kita juga tak perlu sebab dan alasan tertentu utk menjadi seperti orang kaya. Apa yang penting adalah KEIKHLASAN.
Cubalah, saya yakin insyaAllah anda akan menjadi seperti orang kaya dan usah khuatir kerana anda tidak akan menjadi seorang yang papa kalau buat perkara di atas. Hari ini mungkin tangan kita yg memberi, mana tahu esok lusa kita pula yg akan menerima?

SHARE utk semua dgn harapan kita semua menjadi orang KAYA.

No comments:

Post a Comment

THE GAME CHANGED

Assalamualaikum hi saya NaddJane. Ketika saya decide untuk berhenti kerja pada Julai 2018, saya membuat keputusan untuk  membantu lebih b...