Thursday, 27 August 2015




Planning towards a great future. If you fail to plan, you are planning to fail. Thank you Sir Benjamin Franklin. 

Friday, 21 August 2015

TIPS MURAH REZEKI DARIPADA JUTAWAN MUDA

TIPS Murah rezeki daripada jutawan muda, IRFAN KHAIRI.




1. Usah bergaduh sesama suami isteri, lagi-lagi perihal duit. Berbincang dan cari persefahaman. Bila pasangan tidak redha dengan masing-masing, di situlah rezeki akan disekat…

2. Merungut dan merasa beban pada anak-anak. Berikan kasih sayang kepada anak-anak kerana setiap anak adalah rezeki Allah swt. Namun ibu dan bapa juga perlu mengusahakan rezeki untuk anak-anak tanpa merungut dan rasa beban.

3. Buangkan tabiat selalu mengeluh sesama suami isteri dengan apa yang tidak dimiliki. Banyak bersyukur dengan apa yang dimiliki tidak kira banyak atau sikit.

4. Jangan terlalu berkira-kira untuk mempermudahkan hal yang baik sekeluarga. Perlu ada tolak ansur dan dan faham sesama pasangan.

5. Jangan meninggikan suara dan gunakan kata-kata yang baik sahaja bersama suami, isteri dan juga anak-anak. Buangkan cara menakut-nakutkan ahli keluarga dan tanamkan layanan yang penuh mesra.

6. Sabar dalam menangani karenah suami, isteri dan anak-anak. Adakalanya sesuatu itu kita tidak suka. Tetapi, tetap perlu bersabar dan fahami keadaan pasangan dan anak. Nasihat dan cari penyelesaian secara baik.

7. Apabila kita putus mendoakan yang baik-baik untuk suami, isteri dan anak-anak. Sentiasa ingatkan mereka dalam doa dan juga sepanjang hari.

Dalam mengejar keuntungan atau kekayaan bila bekerja seharian, tiada gunanya sekiranya institusi keluarga di rumah tidak terbuka pada rezeki. Rezeki itu pelbagai, bukan hanya duit yang kita usahakan sahaja, tetapi juga pada keluarga tercinta. Namun, rezeki itu tetap perlu diusahakan.


Friday, 7 August 2015

SABARNYA SEORANG GURU

Tahap stress tak tahu nak cakap la kalau diajukan soalan-soalan di bawah. Kalau setahun sekali takpa.

Ini setiap hari.



Jadi maafla ye anak-anak kalau cikgu ter- sarcasm!

1. Cikgu kena selang ke?
Tayah selang, langkau je.

2. Buku ape cikgu?
Buku lima cikgu. Mau?

3. Cikgu tarikh tulis kt mane?
Tulis kt sini (sambil tunjuk kalendar)

4. Tak muat, boleh sambung sebelah x cikgu?
Buat apa sambung sebelah, sambung tahun depan ja.

5. Tajuk dia ape cikgu?
Tajuk dia, tapak tanganku di bibir mu. Ok?

6. Cikgu kena salin semua ke?
La...cikgu xajar psl *semua*. Pasaipa nak salin *semua*.Cikgu ajar psl cerpen. Salin nota yg hat cerpen ja la.(sambil tunjuk semua nota yg tercatat di papan putih)

7. Cikgu kena garis ke?
Dak aih, kena bulatkan ja. Kot xbuleh, petakkan ja. Buleh ka dak?

8. Cikgu kalau dah siap buat ape?
Buat-buat heranla awat aku da siap org xsiap lagi.

Itu blm dia tnya "esok ada BM ka cikgu?" Dah thu tp buat2 tnya. Mmg mendapatla kan..

"La.. tnya cikgu buat apa bm esok ada ka tak. Tnya BM sendiri la. Cikgu tak mau masuk campur hal rumahtangga korg."

"Tapi,cikgu kan cikgu BM, kenalah tanya cikgu".

"Iye, sy cikgu BM, cikgu je... bukan suami BM(sbb anak murid semua lelaki). So mana nk thu dia ade ke tak esok".

Biar pun hari2, tapi cikgu tabah menjawabnya dengan berbagai lagi jawapan sarcasm..

Mohon bertabahlah ye anak2.. mana boleh cikgu sorg ja bertabah. 😎😎😎

Penulis asal:
Yang Kesepian (eh?)
Guru BM Tingkatan 1C,1E,2L,2C

Kelakar kan?
If you all pun ada cerita untuk dikongsi boleh contact nadd ya.

NaddJane
nadheerajane@gmail.com

Saturday, 1 August 2015

Alhamdulillah Malaysia Merdeka.

Selamat menyambut kemerdekaan yang ke 58 Malaysia.

Peristiwa pemasyhuran kemerdekaan pada pukul 12.00 tengah malam bertarikh 30 Ogos 1957. Ia berlangsung di hadapan Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur. Paling seronok apabila bendera UNION Jack diturunkan dan bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan oleh pemuda UMNO.

Pada 31 Ogos 1957, pemasyhuran kemerdekaan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Wakil Ratu Elizabeth, Duke of Wellingtontelah menyerahkan dokumen perisytiharan kemerdekaan kepada Yang di-Pertuan Agong kita. Tunku Abdul Rahman baca perisytiharan kemerdekaan dan Tunku melaungkan MERDEKA! sebanyak 7 kali.



Alhamdulillah Malaysia Merdeka.


Apa erti Merdeka bagi anda?


Bagi saya, merdeka ialah bebas dari masalah kewangan dan kebebasan masa, tanpa dikongkong oleh mana-mana pihak. Now nadd Inshallah sedang memperbaiki faktor kewangan, untuk hidup lebih tenang dan bebas hutang. So that nadd dan family boleh lakukan apa yang kita nak, maybe pergi haji, travel to overseas or buying our dream houses! Inshallah ameen.



Nadd membuka peluang kepada semua untuk bersama-sama nadd mencapai impian kita. Masih mencari peluang untuk memperbaiki hidup dari segi kewangan dan masa bersama keluarga?
ASK ME HOW!

Mari merdekakan diri kita daripada segala beban yang ada. Inshallah dengan usaha yang sedikit serta doa yang tidak putus, kita akan dapat yang diidamkan.

NaddJane
012-4377310
nadheerajane@gmail.com

THE GAME CHANGED

Assalamualaikum hi saya NaddJane. Ketika saya decide untuk berhenti kerja pada Julai 2018, saya membuat keputusan untuk  membantu lebih b...